Khamis, 7 April 2016

RANGKAIAN KOMPUTER (WIRELESS AND WIRED)

Assalamualaikum...

Apa itu rangkaian komputer?
"merupakan sekumpulan peranti yang juga dikenali sebagai nod,digunakan sebagai media penghubung"

Daripada hasil pembelajaran,saya dapat terangkan maksud rangkaian komputer seperti di atas. 

Kelebihan rangkaian komputer?
  • Perkongsian Maklumat
  • Perkongsian Sumber Perkakasan
  • Perkongsian Sumber Perisian
  • Utusan Elekronik (E-Mail)
  • Keselamatan Data
  • Sokongan 
Jenis rangkaian komputer?


APA ITU WAYARLES (WIRELESS) DAN BERWAYAR (WIRED)?

"wired" ialah satu rangkaian yang menggunakan kabel untuk berhubung atau disambungkan.
"wireless" ialah sebuah rangkaian yang tidak menggunakan wayar untuk berhubung. 

Kelebihan dan Keburukan Wayarles (wireless):
      
        Kelebihan
  • tidak menggunakan kabel
        Keburukan

  • lambat
Kelebihan dan keburukan berwayar (wired):

        Kelebihan
  •  lebih laju penghubungannya
        Keburukan
  • susah untuk mencari kabel

Rabu, 6 April 2016

REFLEKSI KEDUA

Assalamualaikum...

Saya Nuraliyyah Ainah Binti Sajani seorang mahasiswa dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan(Kemahiran Hidup) di sebuah universiti awam.Sebelum itu,tujuan saya menulis refleksi ini adalah untuk memperbaiki kelemahan diri saya dalam subjek telekomunikasi dan rangkaian yang sebelum ini saya tidak mengetahuinya dengan lebih mendalam lagi.

Setelah beberapa minggu saya mempelajari subjek ini,pengetahuan saya semakin bertambah daripada sebelumnya.Saya telah mempelajari beberapa tajuk yang berkaitan dengan subjek ini antaranya rangkaian komputer yang terbahagi kepada dua iaitu wayarles dan berwayar (wireless and wired).Saya tidak faham apa itu kedua-dua ragkaian komputer tersebut yang hanya saya ketahui adalah kedua-duanya menggunakan wayar itu sahaja.Beberapa istilah digunakan di dalam kedua-dua rangkaian ini yang saya tidak tahu antaranya kabel yang digunakan.Jenis-jenis kabel yang digunakan juga pelbagai dan berbeza.

Hasil daripada pembelajaran ini,saya dapat mengetahui rangkaian komputer dan jenisnya iaitu wayarles dan berwayar.Saya juga dapat membezakan jenis-jenis wayarles dan berwayar.Dengan adanya ujian yang dibuat oleh pensyarah saya,saya dapat menjawab ujian tersebut dengan baik walaupun tidak mendapat markah penuh,tetapi saya dapat mempelajari pengetahuan yang baharu.Ujian tersebut juga dibuat secara atas talian(online).Mungkin pensyarah akan membuat ujian seperti tersebut dengan lebih banyak lagi mengikut tajuk yang diajar dan boleh membantu saya serta rakan-rakan yang lain melihat kebolehan diri sendiri.
Sekian.Terima Kasih.