Isnin, 14 Mac 2016

REFLEKSI MINGGU 2 (KOMUNIKASI DATA)

Assalamualikum...

Saya Nuraliyyah Ainah bt Sajani merupakan mahasiswa dalam Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan(Kemahiran Hidup) di sebuah universiti awam.Ini merupakan catatan saya yang pertama setelah mempelajari cara untuk membuat sebuah blog dan juga salah satu medium pembelajaran bagi saya.Pada sebelum ini saya tidak mengetahui bagaimana untuk membuat blog dan tidak tahu kegunaan blog secara terperinci.

Bagi refleksi pada minggu ke-2,saya telah mempelajari satu tajuk iaitu komunikasi data dalam subjek telekomunikasi dan rangkaian (SPPM 1013) yang diajar oleh Encik Abdul Razak bin Idris.Saya tidak faham apa yang dimaksudkan dengan komunikasi data dan semua yang berkaitan dengan data itu sendiri.Pelbagai medium yang saya gunakan untuk memahami komunikasi data dengan cara membuat pencarian melalui google.Daripada itu,saya dapat mengetahui serba sedikit tentangnya.Apabila masuk ke dalam kelas saya boleh memahami istilah yang digunakan dan pensyarah yang mengajar sangat membantu saya dalam memahami lebih jauh lagi tentang komunikasi data.
Sekian.Terima Kasih.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan